1. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
2. Para saintis mendapati senyum dan
ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat
merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem
saraf otak dan juga hormon-hormon.
3. Pengkaji dan pengamal barat percaya
dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan
hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut
‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
4. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’
ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi)
ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum,
kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
5. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak
muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam
otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang
itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
6. Kajian menunjukkan individu yang
ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama
seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita
ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum
anda ketawa.
7. Anda juga perlu sedar bahawa
kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur
antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya
15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan
saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat
dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang
tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
9. Dalam kajian di atas, dua kumpulan
orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama
dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum
dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut,
kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon
stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
10. Ketika kita ketawa, sel pembunuh
tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan
pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang
penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan
antibodi melawan penyakit).
11. Senyuman juga mampu merendahkan
tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara
tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
12. Senyuman yang diakhiri dengan
ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan
risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang
yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang
sihat.
13. Senyuman dan ketawa antara senaman
yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan,
muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen
dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan
tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima
maklumat baru.
14. Ketawa juga dikatakan mampu
memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan
penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
15. Selain memberi pelbagai kebaikan
kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu
sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar